Monday, June 16, 2008

Kanvas Hayat

beberapa cebisan kenangan
tercoret di atas kanvas hayat
garis hitam yang terlakar
mengingatkan tentang hargadiri
semakin sesat dalam kedewasaan
meski berabad pun
lukisan ini tak pernah akan tersiapkan
kerana hidup kita sentiasa penuh
dengan warna-warna
saling bertukar-ganti
namun ia tak jua akan menjadi usang
kerana kita sering menggilapnya
dengan keinsafan hakiki
buat memahami nilai & erti
kehidupan fana ini.

-adizack ms
1985

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails