pucat bulan gentayangan di langit kelabu
resah memukul ngilu perdu hati
bilah-bilah rindu lekat di suram bintang
dan luka pun semakin membuak darah
mengalir di wajah bangsa yang sayu
kembalikan senyum yang kian sirna
kembalikan langkah yang kian goyah
kembalikan kudrat yang kian lemah
berdiri tuntas meredah belantara zaman
berlari mengejar pelangi peradaban
melakar sejarah gemilang
bangsa berdaulat!
-adizack ms
tanah merah, kelantan.
10 november 2010
Wednesday, November 10, 2010
Tuesday, June 22, 2010
Di Sepertiga Malam
di sepertiga malam syahdu
hanya kunang-kunang menemani
di ruang sempit lagi sunyi
berteleku di atas sajadah usang
munajat pada Maha Pencipta
bagai terasa hadir di sisi
melihat dan mendengar
segala keloh kesah hamba
sungguh terlalu banyak dosa
terpalit di kening dan di wajah
tak bisa terhapus dengan sesalan
mau pun tangisan ngilu
dengarkanlah rintih hatiku bergetar
di ujong dingin dinihari
ya Tuhan, sesungguhnya hamba
bertaubat padaMu
basah sajadah oleh tumpahnya titis airmata
namun tak bisa menghapus
rasa bersalah yang masih tersisa
di kolong hati kecilku
-adizack ms
jun 17 2010 @ http://www.facebook.com/note.php?note_id=132857890074451
di ruang sempit lagi sunyi
berteleku di atas sajadah usang
munajat pada Maha Pencipta
bagai terasa hadir di sisi
melihat dan mendengar
segala keloh kesah hamba
sungguh terlalu banyak dosa
terpalit di kening dan di wajah
tak bisa terhapus dengan sesalan
mau pun tangisan ngilu
dengarkanlah rintih hatiku bergetar
di ujong dingin dinihari
ya Tuhan, sesungguhnya hamba
bertaubat padaMu
basah sajadah oleh tumpahnya titis airmata
namun tak bisa menghapus
rasa bersalah yang masih tersisa
di kolong hati kecilku
-adizack ms
jun 17 2010 @ http://www.facebook.com/note.php?note_id=132857890074451
....hanya padaMu ku bersujud....
Tuesday, May 4, 2010
Tiko Kechik Dulu
masih aku ingak tiko dulu-dulu
maso kechik slalu aku nga saing-saing
bangun tatkalo pagi jale gi pata
pakai kain sarong lilit tuola pinggae
jupo rok kuae sak perak hilae
ruponyo nusuk alik pohon
belae-belae buae hok mano patot
sudah seliroh lepah tu pakat mari blako
berendae dalae air laut pagi ngetak bulu
sejuk sero sapa ko tulae itae
mandi gura main air puah-puah
bele tengok ore wak naik ikae
sega buga dok srupo lo nie
kalu tulong demo heret bot naik darat
buleh jugok supit duo ikae kembong
wak balik rumoh panggae slalu
manih braso sedak sunggoh
ngatoh rama-rama nga saing-saing
bele main brambat dakpae rumoh
atah gelega mok ayoh tok keduo
kecek suko bele isap rokok daun
tok dok kerat pinae nok make nga sireh
lesek kapo gambe sekek lipat suak mulut
meroh abih pakat ludoh sano sini
merioh sunggoh jame dulu tiko kecik
tak dok doh lo ni payoh doh nok jupo
-adizack ms
mei 2010
maso kechik slalu aku nga saing-saing
bangun tatkalo pagi jale gi pata
pakai kain sarong lilit tuola pinggae
jupo rok kuae sak perak hilae
ruponyo nusuk alik pohon
belae-belae buae hok mano patot
sudah seliroh lepah tu pakat mari blako
berendae dalae air laut pagi ngetak bulu
sejuk sero sapa ko tulae itae
mandi gura main air puah-puah
bele tengok ore wak naik ikae
sega buga dok srupo lo nie
kalu tulong demo heret bot naik darat
buleh jugok supit duo ikae kembong
wak balik rumoh panggae slalu
manih braso sedak sunggoh
ngatoh rama-rama nga saing-saing
bele main brambat dakpae rumoh
atah gelega mok ayoh tok keduo
kecek suko bele isap rokok daun
tok dok kerat pinae nok make nga sireh
lesek kapo gambe sekek lipat suak mulut
meroh abih pakat ludoh sano sini
merioh sunggoh jame dulu tiko kecik
tak dok doh lo ni payoh doh nok jupo
-adizack ms
mei 2010
Monday, May 3, 2010
Dimensi Diri
lama benar kiranya daerah ini tiada ku lewati lagi
setelah kemarau menggumpal menarahi tanah merahnya
dengan sekepal rindu amat meruntun langkah perjalanan
hidup sekadar persinggahan melepas dahaga liang tenggorokan
berlangir darah di telapak kaki menginjak kerikil tajam
buta mata hati disula cinta sementara
tuli liang telinga dipanah bisik syaitan
bisu lidah menjelir diracun duniawi
akan ke manakah aku akhirnya?
-adizack ms
3 mei 2010
setelah kemarau menggumpal menarahi tanah merahnya
dengan sekepal rindu amat meruntun langkah perjalanan
hidup sekadar persinggahan melepas dahaga liang tenggorokan
berlangir darah di telapak kaki menginjak kerikil tajam
buta mata hati disula cinta sementara
tuli liang telinga dipanah bisik syaitan
bisu lidah menjelir diracun duniawi
akan ke manakah aku akhirnya?
-adizack ms
3 mei 2010
Akhirnya Kau Temui
akhirnya kau temui jua
dimensi baru dari celahan akar persoalan
hidup yang mengonggong temulang serakah
akan tiba jua pada penghujungnya
berdiri engkau lesu di atas rakit iman
menujah dasar kolam keinsafan
sedikit demi sedikit beringsut
menuju aur memanjat tebing rindu
pasti kan kau temui Dia
yang menanti pasti!
-adizack ms
3 Mei 2010
dimensi baru dari celahan akar persoalan
hidup yang mengonggong temulang serakah
akan tiba jua pada penghujungnya
berdiri engkau lesu di atas rakit iman
menujah dasar kolam keinsafan
sedikit demi sedikit beringsut
menuju aur memanjat tebing rindu
pasti kan kau temui Dia
yang menanti pasti!
-adizack ms
3 Mei 2010
Thursday, April 22, 2010
Tuesday, April 20, 2010
Catatan di Pelabuhan Usia
berdiri aku di ujong pelabuhan usia
menghitung denai perjalanan
yang telah ku susuri
sambil menanti penuh debar
saat kapal hayat mudik di dermaga
membawa aku belayar di lautan baqa
dan aku
tak bisa berpaling lagi
pabila terputus temali duniawi
dari sekujur tubuh lesuku
di atas usungan abadi
hanya menunggu detik penentuan
akan ke manakah kesudahannya
yang tersisa adalah taqwa
meski hanya sezarah cuma
ku bawa di selokan hati mulus
seorang hamba
buat menyucikan
dosa hitam yang terpalit
di kening usia
adakah aku mampu
mendaki tangga menujuMu
sedang longlai kakiku
menapak di tanah gersang ini
dan haus yang merejam tenggorok
makin menghakis iman tipis
yang lekat di dinding hati...
-adizack ms
lewat fb, april 20, 2010
menghitung denai perjalanan
yang telah ku susuri
sambil menanti penuh debar
saat kapal hayat mudik di dermaga
membawa aku belayar di lautan baqa
dan aku
tak bisa berpaling lagi
pabila terputus temali duniawi
dari sekujur tubuh lesuku
di atas usungan abadi
hanya menunggu detik penentuan
akan ke manakah kesudahannya
yang tersisa adalah taqwa
meski hanya sezarah cuma
ku bawa di selokan hati mulus
seorang hamba
buat menyucikan
dosa hitam yang terpalit
di kening usia
adakah aku mampu
mendaki tangga menujuMu
sedang longlai kakiku
menapak di tanah gersang ini
dan haus yang merejam tenggorok
makin menghakis iman tipis
yang lekat di dinding hati...
-adizack ms
lewat fb, april 20, 2010
Sunday, April 11, 2010
Terimalah Daku Kembali
dari rekahan jendela jiwa
ku sapa angin dingin yang menyua wajah
salam daripada Maha Pencipta
tiap detik udaraNya ku hirup
matahariNya menerangi alam
bulanNya menghiasi malam
di luar sedarku selama ini
tiap saat adalah pinjaman
dan bakal dipulangkan
bila tiba waktunya nanti.
terimalah aku kembali
dalam redhaMu
ya Tuhan.
-adizack ms
april 11, 2010.
5.20pm
ku sapa angin dingin yang menyua wajah
salam daripada Maha Pencipta
tiap detik udaraNya ku hirup
matahariNya menerangi alam
bulanNya menghiasi malam
di luar sedarku selama ini
tiap saat adalah pinjaman
dan bakal dipulangkan
bila tiba waktunya nanti.
terimalah aku kembali
dalam redhaMu
ya Tuhan.
-adizack ms
april 11, 2010.
5.20pm
Friday, April 2, 2010
Ke Manakah Hilangnya?
tiadakah langsung
ada tersisa sekelumit rasa bersalah dihatimu
bilamana kau baluti tubuh mungil itu
dan meninggalkannya di antara sampah sarap
yang busuk lagi membusukkan itu?
ke manakah hilangnya jiwa manusiamu
yang selama ini dibelai manja ayah bonda
kasih sayang tiada nilai bagimu
kerana hatimu telah mati
dipanah syaitan!
tiadakah langsung
ada tersisa setitis iman dihatimu
bilamana kau membunuh sekujur nyawa
yang baru mula mau bernafas di alam maya ini?
sebenarnya kau telah sesat
dalam mencari arah dan tujuan hidup
dikaburi nafsu serakah yang tak pernah sirna
ke manakah hilangnya al-quran & sunnah
yang sejak kecil menjadi peganganmu?
kembalilah wahai insan yang tersesat
ke jalan mustaqim yang terbentang luas
kerana pintu taubat masih terbuka
untuk pulang kepada fitrah!
-adizack ms
2 april 2010
.....dosa apakah anak ini diperlakukan sedemikian kejam oleh ayah dan ibunya?
ada tersisa sekelumit rasa bersalah dihatimu
bilamana kau baluti tubuh mungil itu
dan meninggalkannya di antara sampah sarap
yang busuk lagi membusukkan itu?
ke manakah hilangnya jiwa manusiamu
yang selama ini dibelai manja ayah bonda
kasih sayang tiada nilai bagimu
kerana hatimu telah mati
dipanah syaitan!
tiadakah langsung
ada tersisa setitis iman dihatimu
bilamana kau membunuh sekujur nyawa
yang baru mula mau bernafas di alam maya ini?
sebenarnya kau telah sesat
dalam mencari arah dan tujuan hidup
dikaburi nafsu serakah yang tak pernah sirna
ke manakah hilangnya al-quran & sunnah
yang sejak kecil menjadi peganganmu?
kembalilah wahai insan yang tersesat
ke jalan mustaqim yang terbentang luas
kerana pintu taubat masih terbuka
untuk pulang kepada fitrah!
-adizack ms
2 april 2010
.....dosa apakah anak ini diperlakukan sedemikian kejam oleh ayah dan ibunya?
Tuesday, March 23, 2010
Biarkan Serigala Itu Melaung
biarkan serigala itu melaung
di atas bukit tinggi yang sayup
ludahannya tajam menyiat hati
hamburannya pedih merenggut perasaan
ceriteranya penuh kesangsian
entah bila sampai ke penghujung
biarkan serigala itu
menari di atas temulang mangsanya
menjilat sisa-sisa lelehan darah korban
sambil menelanjangi dirinya yang sebenar
di luar sedar
dia akan berkata apa sahaja
dan menyanyi mengikut apa jua rentak
selagi masih bisa bergerak
memburu mangsa.
-adizack ms
23 mac 2010
di atas bukit tinggi yang sayup
ludahannya tajam menyiat hati
hamburannya pedih merenggut perasaan
ceriteranya penuh kesangsian
entah bila sampai ke penghujung
biarkan serigala itu
menari di atas temulang mangsanya
menjilat sisa-sisa lelehan darah korban
sambil menelanjangi dirinya yang sebenar
di luar sedar
dia akan berkata apa sahaja
dan menyanyi mengikut apa jua rentak
selagi masih bisa bergerak
memburu mangsa.
-adizack ms
23 mac 2010
Friday, January 22, 2010
Gurindam Takdir Hidup Insan
kalau takdirnya hidup mewah
jadilah orang kaya yang pemurah
sentiasa beramal dengan sunnah
harta itu adalah amanah
elakkan diri dari fitnah
tiada guna harta berjuta
jika malam susah lelapkan mata
sentiasa bimbang ragu melata
kesihatan pula tidak terjaga
hati menjadi gundah gulana
kalau takdirnya hidup sederhana
memadai dengan apa yang dikurnia
sentiasa redha dengan ketentuanNya
mencukupi dengan berkahnya harta
meski rezeki sedikit tidak terasa
bebanan hidup ringan jadinya
kerana semua adalah anugerahNya
buat insan yang bersyukur padaNya!
-adizack ms
22 januari 2010
jadilah orang kaya yang pemurah
sentiasa beramal dengan sunnah
harta itu adalah amanah
elakkan diri dari fitnah
tiada guna harta berjuta
jika malam susah lelapkan mata
sentiasa bimbang ragu melata
kesihatan pula tidak terjaga
hati menjadi gundah gulana
kalau takdirnya hidup sederhana
memadai dengan apa yang dikurnia
sentiasa redha dengan ketentuanNya
mencukupi dengan berkahnya harta
meski rezeki sedikit tidak terasa
bebanan hidup ringan jadinya
kerana semua adalah anugerahNya
buat insan yang bersyukur padaNya!
-adizack ms
22 januari 2010
Monday, January 18, 2010
Aku Ingin
sebelum aku mati
aku ingin lidahku sentiasa basah
dengan zikrullah
membaca ayat-ayat suci kalamMu
mengamal segala tuntutanMu
berjalan di atas siratMu
yang lurus dan kudus
sebelum aku mati
aku ingin menyucikan qalbu
dari sawang dosa yang terpalit
sepanjang kehidupan fana ini
mendakap nur kudusMu
di tanah haram
sebelum aku mati
aku ingin mengenal diriku yang sebenar
demi mencari keredhaanMu
sesungguhnya
tiap titisan airmata keinsafan
yang mengalir di lurah hati
adalah nafas resah
& gementar temulang
menunggu saat
menghadapMu.
-adizack ms
18 januari 2010
Tanah Merah.
aku ingin lidahku sentiasa basah
dengan zikrullah
membaca ayat-ayat suci kalamMu
mengamal segala tuntutanMu
berjalan di atas siratMu
yang lurus dan kudus
sebelum aku mati
aku ingin menyucikan qalbu
dari sawang dosa yang terpalit
sepanjang kehidupan fana ini
mendakap nur kudusMu
di tanah haram
sebelum aku mati
aku ingin mengenal diriku yang sebenar
demi mencari keredhaanMu
sesungguhnya
tiap titisan airmata keinsafan
yang mengalir di lurah hati
adalah nafas resah
& gementar temulang
menunggu saat
menghadapMu.
-adizack ms
18 januari 2010
Tanah Merah.
Sunday, January 10, 2010
Pesan Boss
kata boss
kerja tak bertangguh
namanya kerja bersungguh
semua yang diberi siap ikut masa
kemas, tertib dan tidak sambil lewa
barulah jadi pekerja produktif
inovatif dan pro-aktif
kata boss
kerja harus ikhlas
jangan pula jadi culas
selalu mengular larikan diri
sedang orang lain sibuk dia sembunyi
rupanya ada di kedai kopi
tambah boss lagi
jadilah garam yang memasinkan daging
bukan lalat yang merosakkannya
jadilah rama-rama yang mendebungakan
bukan kerengga yang kononnya menjaga buah
tanpa berbuat apa-apa pun
tapi mengigit pula jejari
yang ingin memetiknya
aku kata
memang betul tu boss!
-adizack ms
10 januari 2010
taman adabi, tanah merah.
kerja tak bertangguh
namanya kerja bersungguh
semua yang diberi siap ikut masa
kemas, tertib dan tidak sambil lewa
barulah jadi pekerja produktif
inovatif dan pro-aktif
kata boss
kerja harus ikhlas
jangan pula jadi culas
selalu mengular larikan diri
sedang orang lain sibuk dia sembunyi
rupanya ada di kedai kopi
tambah boss lagi
jadilah garam yang memasinkan daging
bukan lalat yang merosakkannya
jadilah rama-rama yang mendebungakan
bukan kerengga yang kononnya menjaga buah
tanpa berbuat apa-apa pun
tapi mengigit pula jejari
yang ingin memetiknya
aku kata
memang betul tu boss!
-adizack ms
10 januari 2010
taman adabi, tanah merah.
Subscribe to:
Posts (Atom)