tiadakah langsung
ada tersisa sekelumit rasa bersalah dihatimu
bilamana kau baluti tubuh mungil itu
dan meninggalkannya di antara sampah sarap
yang busuk lagi membusukkan itu?
ke manakah hilangnya jiwa manusiamu
yang selama ini dibelai manja ayah bonda
kasih sayang tiada nilai bagimu
kerana hatimu telah mati
dipanah syaitan!
tiadakah langsung
ada tersisa setitis iman dihatimu
bilamana kau membunuh sekujur nyawa
yang baru mula mau bernafas di alam maya ini?
sebenarnya kau telah sesat
dalam mencari arah dan tujuan hidup
dikaburi nafsu serakah yang tak pernah sirna
ke manakah hilangnya al-quran & sunnah
yang sejak kecil menjadi peganganmu?
kembalilah wahai insan yang tersesat
ke jalan mustaqim yang terbentang luas
kerana pintu taubat masih terbuka
untuk pulang kepada fitrah!
-adizack ms
2 april 2010
.....dosa apakah anak ini diperlakukan sedemikian kejam oleh ayah dan ibunya?
No comments:
Post a Comment