biarkan serigala itu melaung
di atas bukit tinggi yang sayup
ludahannya tajam menyiat hati
hamburannya pedih merenggut perasaan
ceriteranya penuh kesangsian
entah bila sampai ke penghujung
biarkan serigala itu
menari di atas temulang mangsanya
menjilat sisa-sisa lelehan darah korban
sambil menelanjangi dirinya yang sebenar
di luar sedar
dia akan berkata apa sahaja
dan menyanyi mengikut apa jua rentak
selagi masih bisa bergerak
memburu mangsa.
-adizack ms
23 mac 2010
No comments:
Post a Comment