kata boss
kerja tak bertangguh
namanya kerja bersungguh
semua yang diberi siap ikut masa
kemas, tertib dan tidak sambil lewa
barulah jadi pekerja produktif
inovatif dan pro-aktif
kata boss
kerja harus ikhlas
jangan pula jadi culas
selalu mengular larikan diri
sedang orang lain sibuk dia sembunyi
rupanya ada di kedai kopi
tambah boss lagi
jadilah garam yang memasinkan daging
bukan lalat yang merosakkannya
jadilah rama-rama yang mendebungakan
bukan kerengga yang kononnya menjaga buah
tanpa berbuat apa-apa pun
tapi mengigit pula jejari
yang ingin memetiknya
aku kata
memang betul tu boss!
-adizack ms
10 januari 2010
taman adabi, tanah merah.
Pesan-pesanan
ReplyDeletepesan umi
di sekolah nanti
selalu ikut kata guru
kerana di situ banyak ilmu
pesan abah
cakap ustaz jangan bantah
kerana ada jalan untuk kita
ke syurga bukan ke neraka
pesan nenek
pilih kawan yang baik
kerana senyum manis
hati tak terhiris
tehr
13.01.2001
http://skgeting.blogspot.com/
terima kasih atas puisi yg menarik tu tehr. akan dipublishkan nnti. mohon izin.
ReplyDelete