Saturday, December 5, 2009

Sehelai Makna

kupintal cebis-cebis kenangan
dengan jejarum rindu
yang rapuh & berkarat
dengan lembar-lembar urat rambutmu
yang jatuh ke sisi
entah dari ruang mana
kembali menyatukan seguris rasa
segaris pengalaman
menjadi sebuah kanvas
yang ku warnakan dengan
sehelai makna
& sebuah pengertian
dari sekelumit sepi
& sejalur resah.

-adizack ms
dis 12

2 comments:

  1. anda memang seorang puitis. Saya suka baca semua puisi anda disini. Terima kasih kerana berkongsi

    ReplyDelete
  2. terima kasih adekmanja...smoga dpt kita jadikan panduan dan pedoman dlm kehidupan fana ini...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails