Sunday, December 6, 2009

Mengisi Perjalanan

di pundak ini
ada sekarung mimpi
yang harusku pikul
meredah belantara musim
mengharung lautan keringat
seakan tiada pernah berakhir
segalanya terhimpun di sini
memenuhi ruang harap yang sempit
keperitan & kepedihan itu
telah menjadi sebahagian dari diri
sedang lurah kehidupan ini
terasa semakin payah untuk dipanjat
bersatu dalam dengusan nafas
lelah menghambat waktu

betapa pun pekatnya denai malam
aku harus terus melangkah
mendepani cabaran getir
mengoyak kalendar perjalanan
satu persatu
kerana kepastian itu harusku cari
untuk menguraikan akar persoalan
yang erat memaut degup jantung
memagut jejak seorang musafir.

-adizack ms
jan 18, 1985
smk tengku mahmud, besut.
(Ummi: Hidup ini sepi tanpamu.)

1 comment:

  1. Very good advice! That is why reading and writing is so important. Should be especially emphasized in schooling.
    | Astaga.com Lifestyle On The Net | Mbah Gendeng |

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails