Wednesday, June 24, 2020

Segalanya Ada Padamu

Segalanya Ada Padamu

Jika mindamu mampu menyimpul makna
Dari juraian peristiwa yang melingkari hidupmu
Pasti kau akan insaf dan sedar
Bahawa telah ribuan kali sebenarnya
Dia memberimu peluang dan ruang
Untuk kau berubah dan membina semula
Dinding hidupmu yang relai dan runtuh
Kerana ego dan tak pernah merasa bersalah
Seringkali menyandarkan tiap yang berlaku
Pada takdir yang kau rasa tak pernah adil
Sampai bila harus kau pasrah memegang sumpah
Sedang segalanya ada padamu
Kudrat, akalfikir, peluang dan ruang
Untuk menjadi insan yang berdiri
Atas kekuatan kakimu sendiri
Sesungguhnya kebahagiaan itu
Berada dalam dirimu sendiri.

-adizack ms
malamjun2020

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails