Monday, December 12, 2011

Pencen@Bersara

selamat tinggal
kawan dan teman
hari ini ketikan terakhir
'punch card'ku berdenting
esok tak kan kau lihat lagi
senyumku disebalik cermin
walau bilik kita saling setentang...

segala kenangan telah ku simpan
kemas dalam dairi ingatan
tak kan luput selamanya
walau tiada lagi petah bicara
gurau senda & ceritera sesama
usah terkilan atau merindu
bila-bila masa silalah mampir
pondok hayatku sedia menanti
kunjungan kalian...

selamat tinggal
kertas dan pena
surat dan pekeliling
kursus dan seminar
bos dan staf sokongan
baktiku tak seberapa
hanya melaksana
setakat terdaya...
-adizack ms
disember 5 2011
(buat sahabat-sahabat yang bersara)

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails