#RumahBonda
Rumah bonda
Masih tegak utuh berdiri
Selalu merindu jejak langkah anak-anak
Berlari bermain bersama
Disela hilai tawa kegirangan
Dan sesekali keras teriakan
Menerjah nipis gegendang
Bila gurauan tak terbendung
Rumah bonda
Menyaksi saat pertama kalian
Menginjak dunia dengan tangis kecil
Dahagakan titisan kasih sayang bonda
Dan hangat pelukan mendamaikan kalbu
Lalu tenanglah jiwa didodoi qasidah
dan qalamullah
Sebati mengalir bersama merah darah
Semadi disegenap urat dan nadi
Rumah bonda
Kini sepi tanpa bingit suara kalian
Kosong dan beku tanpa keriuhan
Hilai tawa manja telah lama mati
Bersama kedewasaan yang menjengah
Tandus dan gersang dihati bonda
Bibir mungil yang petah berbicara
Hanya tinggal momen manis untuk dikenang
Gelagat lucu yang mencuit nurani
Telah lama hilang dikunyah waktu
Sesekali bertamu lewat mimpi dipembaringan
Dan kelat senyum terukir pasrah
Mekar bahagia pun berbunga
Jauh menusuk dikolong hati
Tapi tidak dikasat mata
Rumah bonda
Masih berdiri di sini sejak mula
Setianya tak tergugah walau ganas badai melanda
Masih menunggu intaian sisa kasih sayang
Agar kembali mewarnai lantai dan dindingnya
Membuka luas jendela kesepian
Menyambut seberkas rindu
Diujong sebuah penantian
Tak berpenghujung.
#adizack ms
24jun2020
tamanadabi, tanahmerah
Thursday, June 25, 2020
Wednesday, June 24, 2020
Segalanya Ada Padamu
Segalanya Ada Padamu
Jika mindamu mampu menyimpul makna
Dari juraian peristiwa yang melingkari hidupmu
Pasti kau akan insaf dan sedar
Bahawa telah ribuan kali sebenarnya
Dia memberimu peluang dan ruang
Untuk kau berubah dan membina semula
Dinding hidupmu yang relai dan runtuh
Kerana ego dan tak pernah merasa bersalah
Seringkali menyandarkan tiap yang berlaku
Pada takdir yang kau rasa tak pernah adil
Sampai bila harus kau pasrah memegang sumpah
Sedang segalanya ada padamu
Kudrat, akalfikir, peluang dan ruang
Untuk menjadi insan yang berdiri
Atas kekuatan kakimu sendiri
Sesungguhnya kebahagiaan itu
Berada dalam dirimu sendiri.
-adizack ms
malamjun2020
Jika mindamu mampu menyimpul makna
Dari juraian peristiwa yang melingkari hidupmu
Pasti kau akan insaf dan sedar
Bahawa telah ribuan kali sebenarnya
Dia memberimu peluang dan ruang
Untuk kau berubah dan membina semula
Dinding hidupmu yang relai dan runtuh
Kerana ego dan tak pernah merasa bersalah
Seringkali menyandarkan tiap yang berlaku
Pada takdir yang kau rasa tak pernah adil
Sampai bila harus kau pasrah memegang sumpah
Sedang segalanya ada padamu
Kudrat, akalfikir, peluang dan ruang
Untuk menjadi insan yang berdiri
Atas kekuatan kakimu sendiri
Sesungguhnya kebahagiaan itu
Berada dalam dirimu sendiri.
-adizack ms
malamjun2020
Jauh Melayah
terima kasih
kerana menyangkutkan sehelai rindu
dibirai jendela kamarku yang usang
dan maafkan aku
kerana tak pantas menyambutnya
melayah jauh ditiup angin gasar
tanpa dapatku kejar lagi...
adizack ms
kerana menyangkutkan sehelai rindu
dibirai jendela kamarku yang usang
dan maafkan aku
kerana tak pantas menyambutnya
melayah jauh ditiup angin gasar
tanpa dapatku kejar lagi...
adizack ms
Tuesday, June 23, 2020
Redup Wajahmu
Redup wajahmu
Menyimpan sejuta rahsia
Ada tangis yang pecah di kolong hati
Keras suaranya namun tak terdengarkan
Longlai tubuhmu
Mengurus hidup hari demi hari
Dengan sisa kudrat yang masih ada
Kau gagahi jua demi memberi nafas
Untuk sebuah kehidupan
Sesekali
Ada runtunan pilu dibenak
Mengapa semua menjadi rumit
Sekadar untuk menyulam sedar
Menjadi insaf yang mendamaikan
Dalam kebersamaan ini
Sesekali
Ada kemilau harap bertamu dikening
Walau bisiknya tak dimengerti
Lalu hilang dipuput angin
Namun tetap setia kau menyantuni
Demi sebuah tanggungjawab
Dan kasih sayang tulus murni
Walau tak pernah dihargai.
adizack ms
23jun2020
Menyimpan sejuta rahsia
Ada tangis yang pecah di kolong hati
Keras suaranya namun tak terdengarkan
Longlai tubuhmu
Mengurus hidup hari demi hari
Dengan sisa kudrat yang masih ada
Kau gagahi jua demi memberi nafas
Untuk sebuah kehidupan
Sesekali
Ada runtunan pilu dibenak
Mengapa semua menjadi rumit
Sekadar untuk menyulam sedar
Menjadi insaf yang mendamaikan
Dalam kebersamaan ini
Sesekali
Ada kemilau harap bertamu dikening
Walau bisiknya tak dimengerti
Lalu hilang dipuput angin
Namun tetap setia kau menyantuni
Demi sebuah tanggungjawab
Dan kasih sayang tulus murni
Walau tak pernah dihargai.
adizack ms
23jun2020
Saturday, June 20, 2020
Hanya Sepatah Kata
hanya sepatah kata keramat
manis, lembut, indah dan sentiasa dirindui
oleh kuping telinga serta tulang penukul dan gegendang
hanya sepatah kata yang bisa mendamaikan irisan hati
dan menenangkan putaran akal fikir pada paksinya
menguntumkan seulas ranum senyuman di birai bibir
merembeskan embun kepuasan dalam kesibukan hari
sepatah kata yang kiranya terlalu mahal harganya
dan amat payah untuk dibisik dan dikongsikan
hanya sepatah kata keramat
"terima kasih....."
manis, lembut, indah dan sentiasa dirindui
oleh kuping telinga serta tulang penukul dan gegendang
hanya sepatah kata yang bisa mendamaikan irisan hati
dan menenangkan putaran akal fikir pada paksinya
menguntumkan seulas ranum senyuman di birai bibir
merembeskan embun kepuasan dalam kesibukan hari
sepatah kata yang kiranya terlalu mahal harganya
dan amat payah untuk dibisik dan dikongsikan
hanya sepatah kata keramat
"terima kasih....."
adizack ms
jun2013
Friday, June 19, 2020
Warkah Buat Ayahanda
ruang kebekuan antara kita telah terlalu lama usai berdebu
tak ku temui titik pertemuan yang selama ini ku rindui
namun tetap di hati bersemadi kasih sayang maha dalam
walau sedetik pun tak pernah jernih matamu memandang....
adizack ms
tak ku temui titik pertemuan yang selama ini ku rindui
namun tetap di hati bersemadi kasih sayang maha dalam
walau sedetik pun tak pernah jernih matamu memandang....
adizack ms
Thursday, June 18, 2020
Bersatu Dalam Damai
Mentari cerah bersinar
Diujong perjalanan yang panjang
Titis embun di hijau dedaunan
Perlahan-lahan mengering
Pagi yang kembali indah ceria
Menghulur ranum senyuman
Hati berbunga seuntai harap
Moga bersatu dalam damai
Sejahtera hingga ke Jannah.
adizack ms
2019
Diujong perjalanan yang panjang
Titis embun di hijau dedaunan
Perlahan-lahan mengering
Pagi yang kembali indah ceria
Menghulur ranum senyuman
Hati berbunga seuntai harap
Moga bersatu dalam damai
Sejahtera hingga ke Jannah.
adizack ms
2019
Belasungkawa Buatmu Sahabat
Terlalu banyak yang ingin kucatat
Tapi jemariku tak bisa mencoret
Segumpal pengalaman bersamamu
Terlalu banyak ingin kuceritakan
Namun hati sayuku tak bisa tertahan
Mengenang seraut wajahmu sahabat
Yang selalu tak lekang dengan senyuman
Menghibur kami dengan gurauan mesra
Menyusun bilah kata membibit ukhuwah
Hingga terasa kau begitu dekat dihati
Ada tikanya kau raih iltizam kami
Dengan lembar nasihat dan semangat
Tenang bersahaja menutur bait kata
Membuat kami selalu merinduimu
Rindu pada momen manis bersama
Mengukir minda anak-anak bangsa
Agar bisa mendepani masa hadapan
Dengan bekalan duniawi & ukhrawi
Terlalu banyak ingin kutulis
Sebagai kenangan terakhir kita
Namunku tak berdaya menahan sebak
Dalam redha menerima perkhabaran duka
Segalanya telah terpahat di Loh Mahfuz
Bahawa hari ini terakhir kami berkumpul
Mengutus untaian doa ikhlas buatmu
Bersama bait suci Fatihah meniti bibir
Semoga Allah swt menerimamu sahabat
Dalam kalangan mereka yang beriman
Dan beramal soleh.
adizack ms
ogos2019#11.03mlm
#buatcgnubli
Tapi jemariku tak bisa mencoret
Segumpal pengalaman bersamamu
Terlalu banyak ingin kuceritakan
Namun hati sayuku tak bisa tertahan
Mengenang seraut wajahmu sahabat
Yang selalu tak lekang dengan senyuman
Menghibur kami dengan gurauan mesra
Menyusun bilah kata membibit ukhuwah
Hingga terasa kau begitu dekat dihati
Ada tikanya kau raih iltizam kami
Dengan lembar nasihat dan semangat
Tenang bersahaja menutur bait kata
Membuat kami selalu merinduimu
Rindu pada momen manis bersama
Mengukir minda anak-anak bangsa
Agar bisa mendepani masa hadapan
Dengan bekalan duniawi & ukhrawi
Terlalu banyak ingin kutulis
Sebagai kenangan terakhir kita
Namunku tak berdaya menahan sebak
Dalam redha menerima perkhabaran duka
Segalanya telah terpahat di Loh Mahfuz
Bahawa hari ini terakhir kami berkumpul
Mengutus untaian doa ikhlas buatmu
Bersama bait suci Fatihah meniti bibir
Semoga Allah swt menerimamu sahabat
Dalam kalangan mereka yang beriman
Dan beramal soleh.
adizack ms
ogos2019#11.03mlm
#buatcgnubli
Keabadian
rapuhnya usia
bagai meniti seurat benang halus
tiada apa untuk dimegahkan
segala isi dunia hanya pinjaman
kita kan kembali ke fitrah asal
kehidupan adalah kematian
kematian adalah kehidupan abadi
segala laku akan dinilaitimbang
pengakhiran menjadi permulaan
keabadian.
adizack ms
jun2020
bagai meniti seurat benang halus
tiada apa untuk dimegahkan
segala isi dunia hanya pinjaman
kita kan kembali ke fitrah asal
kehidupan adalah kematian
kematian adalah kehidupan abadi
segala laku akan dinilaitimbang
pengakhiran menjadi permulaan
keabadian.
adizack ms
jun2020
Celaru
Dunia makin celaru
Dari hari ke sehari berlalu
Akalfikir dan hati tak terpandu
Bertindak hanya ikut serakah nafsu
Satu persatu rahsia terbongkar lesu
Yang bathil dan yang benar itu
Takkan pernah bersatu
Kembalilah ke jalan restu
Agar terang jelas lorong dilalu.
adizack ms
jun2020
Dari hari ke sehari berlalu
Akalfikir dan hati tak terpandu
Bertindak hanya ikut serakah nafsu
Satu persatu rahsia terbongkar lesu
Yang bathil dan yang benar itu
Takkan pernah bersatu
Kembalilah ke jalan restu
Agar terang jelas lorong dilalu.
adizack ms
jun2020
Wednesday, June 17, 2020
Lembar Usia
#LembarUsia
Lembaran usia
Terhampar di atas tikar waktu
Beringsut perlahan menuju
Dermaga terakhir
Aku masih menghitung
Sisa detik yang tertinggal
Untukku sirat menjadi benang
Menjahit baju bekalan
Kain amal melilit tubuh
Untuk esok yang belum pasti
Adakah bisa menumpang bahtera
Belayar diluas lautan mashyar
Menuju pulau bahagia abadi.
adizack ms
17 Jun 2020
Lembaran usia
Terhampar di atas tikar waktu
Beringsut perlahan menuju
Dermaga terakhir
Aku masih menghitung
Sisa detik yang tertinggal
Untukku sirat menjadi benang
Menjahit baju bekalan
Kain amal melilit tubuh
Untuk esok yang belum pasti
Adakah bisa menumpang bahtera
Belayar diluas lautan mashyar
Menuju pulau bahagia abadi.
adizack ms
17 Jun 2020
Dia Seorang Guru
Puisi Buat Seorang Pendidik Anak Bangsa
dia seorang guru
bukan insan sembarangan
punya karisma anggun tersendiri
menjaja segugus mimpi jaya
menganyam cita di hamparan illusi
dia seorang guru
punya semangat kental luarbiasa
menjarah lurah dan gaung ilmu
mengukir sebuah monumen iltizam
memahat realiti dengan tekad utuh
dia seorang guru
tidak memandang kilauan gelar dan puji
menggengam sekepal amanah dengan rela
menjulang harga diri dan maruah
dengan hikmah dan keyakinan padu
tiada mengenal jemu dan penat lelah
jelas visi dan misi memartabatkan bangsa
gigih membina kecemerlangan
dalam tiap gerak dan ucap
dia seorang guru
pembentuk generasi baharu
pembina insan sepadu
pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
dan terus dikenang sepanjang zaman
dia seorang guru
yang tabah mengatur langkah demi langkah
menyusur perjalanan hidup penuh onak berliku
tetap gah dia berdiri di halaman usia
menyemai benih-benih iltizam
dan menyiramnya dengan tuntas
dialah pejuang yang tak pernah
mengenal erti putus-asa
atau mengalah pada hambatan
dia seorang guru
sarat dengan teladan dan ikutan
yang dibekalkan kepada kami
adalah kegemilangan
yang dititipkan buat anak bangsa
adalah keunggulan
dan semangat juang yang kan terus menyala
membara di hati kami
dia seorang guru
yang telah sekian lama mengatur jejak
menyirami tunas bangsa tanpa mengenal jemu
sesungguhnya besar jasa yang dicurah
selama ini berjuang demi mendidik anak bangsa
yang haus dan dahagakan ilmu pengetahuan
mendaki ke puncak kejayaan dengan impian dan hasrat
menggapai kejayaan dari sebuah perjuangan
untuk meraih secangkir impian murni generasi
dia seorang guru
tetap setia menabur bakti murni
menggubah serangkai mimpi kecemerlangan
di hamparan peta peradaban bangsa
agar bunga kegemilangan mekar subur
dibajai kesabaran & tulus doa
menjadi realiti yang indah
di persada bangsa tercinta.
#adizackms
Wadi Nyaman diHati
Tiga puluh tahun
Meraut selembar cinta
Menganyam temali kasih
Adatikanya carik dan robek jua
Namun bisa ditampal dengan tabah
Sabar dan saling pengertian
Sungguh perjalanan cinta ini
Benar-benar mencabar kudrat
Kadang tersandung jatuh tersungkur
Bangun kembali berbekal ikhlas kasih
Meneguhkan tugu persetiaan
Agar tak mudah goyah dan tumbang
Diterjah keras ribut dugaan
Ulas senyum bersilang duka lara
Sendu tangis berganti hilai tawa
Benarlah hidup ini penuh rencah
Kadang tak bisa dimengerti
Hanya kekuatan jalinan perasaan
Utuh meneguh relung ikatan
Menjadi wadi nyaman dihati
Meneguk manis nira percintaan
Terima kasih atas tulus kasih
Yang kau hidang dicangkir jiwa
Semoga cinta kita direstuiNya
Hingga ke Jannah...amiinnn.
adizack ms
(Sempena Ulangtahun ke-30)
16.12.1988 - 16.12.2018
Halaman Terakhir
Jelujur waktu
telah tiba ke penghujung
Detik masa yang berlalu
perlahan melambai sayu
Telah pergi selembar sejarah
yang tak kan kembali lagi
Hidup bergulung sirat
dalam tikar nostalgia
Sesekali akan diselak
dalam ruang kosong sunyi membeku
Tika rindu menghiris ngilu
Tika ingatan memagut relung fikir
Dan segala momen itu kekal semadi
Di halaman akhir
dairi hatiku.
adizack ms
25 Disember 2018
Sepantun Cinta
#Sepantun Cinta#
Sepantun cinta yang kusulam
Masih utuh menjadi gubahan setia
Meski kian luntur warnanya
Namun terpancar masih serinya
Menjadi cahaya menyinar nurani
Menyuluh denai hidup
Telah banyak lurah kita telusuri
Menjinak onak dan duri tajam
Gelombang ganas kita redah
Terkadang terumbang-ambing
Mencari dahan kukuh berpaut
Di pohon takdir
Hirisan pucuk cekal yang ranum
Kita cicah bersama ulam sabar
Mencicip hidangan ujian dariNya
Benar terkadang terasa tewas dan lemah
Namun itulah harga seuntai pengorbanan
Yang terlalu mahal harganya
Moga sepantun cinta ini
Menjadi nyanyian jiwa
Lunak merdu selama.
adizack ms
23 ogos 2017
Perkebunan Bahagia
Kebun bahagia ini
Tak seluas mana
Sepelaung pun tak sampai
Tempat kita bersimpuh
Menganyam suci hati
Menjadi hamparan akrab
Sambil menanam benih kasih
Cinta sementara yang dipinjamkan
Kita tuntas menyiramnya dengan rindu
Membajainya dengan pertanggung-jawaban
Kita pun tak tahu dimana pengakhirannya
Adakah bisa menumbuhkan pohon hidup
Rendang agar kita bisa berteduh
Merimbun dedaun disiur reranting
Mekar segar lebat berbuah rahmat
Dan kita pun bisa memetik ranum
Sambil menikmati indah dan lazatnya
Gugusan nikmat kurniaan Illahi
Ataukah tiba masa yang ditentukan kelak
Pohon kasih kan mereput diguris sendu
Luka calar kian mendalam jauh ke perdu
Hingga berlangir airmata mengalir deras
Menyerap di gumpalan kontang tanah
Kebun bahagia ini.
adizack ms
20/6/2016
Belasungkawa Buat Sahabat
Adikku,
Johari Ismail Terlalu banyak kenangan bersamamu Tertinggal di batas waktu yang tersisa Mesra sapaanmu, manis senyummu Tenang wajahmu, santun petah bicaramu Akan selalu dekat dihati-hati kami Sesungguhnya Allah swt lebih menyayangimu Allahumma firlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah RahmatMu,
sejahtera dan maafkanlah arwah..."
adizack ms 10/7/2016 (Ahad) |
Selamat Jalan Perantau
SELAMAT JALAN PERANTAU
Bila satu persatu
Pulang ke perantauan
Sunyi mengigit cebisan hati
Kekosongan menerpa kolong jiwa
Masih terngiang hilai tawa
Gurauan manja disela waktu
Petah bicara tersangkut di jendela
Lambaian mesra dipuput angin lalu
Masing-masing punya tanggungjawab
Menelusuri kehidupan sendiri-sendiri
Telah tersurat bahawa kebahagiaan itu
Cuma sekadar sebuah pinjaman
Yang suatu waktu harus kembali
Berputar pada paksi hakikat
Selamat jalan anak-anakku
Ada kesempatan diizin Tuhan
Kita kan bersua dilain ketika.
adizack ms
9/7/2016
Permaidani 2016
Permaidani 2016.
Longlai langkah 2015 berlalu
Meninggalkan debar masih didada
Bah mengintai hanya disebalik tabir
Namun gurisannya menghiris dalam
Alhamdulillah semuanya telah sirna
Hari ini permaidani 2016 terbentang
Untuk sama bersimpuh tertib bicara
Menghirup bahagia mengunyah mesra
Alangkah indahnya rahmat Illahi
Untuk sama kita syukuri.
adizack ms
1 jan 2016
Warkah Buatmu
Dua puluh enam tahun
Meraut selembar cinta
Menganyam temali kasih
Adatikanya carik dan robek jua
Namun bisa ditampal dengan tabah
Sabar dan saling pengertian
Sungguh perjalanan cinta ini
Benar-benar mencabar kudrat
Kadang tersandung jatuh tersungkur
Bangun kembali berbekal ikhlas kasih
Meneguhkan tugu persetiaan
Agar tak mudah goyah dan tumbang
Diterjah keras ribut dugaan
Ulas senyum bersilang duka lara
Sendu tangis berganti hilai tawa
Benarlah hidup ini penuh rencah
Kadang tak bisa dimengerti
Hanya kekuatan jalinan perasaan
Utuh meneguh relung ikatan
Menjadi wadi nyaman dihati
Meneguk manis nira percintaan
Terima kasih atas tulus kasih
Yang kau hidang dicangkir jiwa
Semoga cinta kita direstuiNya
Hingga ke Jannah...amiinnn.
#ahmadzack
(Sempena Ulangtahun ke-26)
16/12/2014
Re-Union MPKI 2013
##Re-Union MPKI 2013##
Hujan yang merenyai
Merintik membasahi hati
Bagai mengerti keharuan
Saat berpisah yang mampir
Sedang seketika pertemuan cuma
Masih tak puas bertentang mata
Menyimpul bicara rindu
Warga MPKI yang terpisah
Antara takdir dan waktu
Kesempatan terlalu cemburu
Entah bilakan bersua kembali
Dalam keakraban yang indah
Menjejak kenangan silam
Dibirai usia tersisa....
-azo, tanah merah
12 feb. 2013
Hujan yang merenyai
Merintik membasahi hati
Bagai mengerti keharuan
Saat berpisah yang mampir
Sedang seketika pertemuan cuma
Masih tak puas bertentang mata
Menyimpul bicara rindu
Warga MPKI yang terpisah
Antara takdir dan waktu
Kesempatan terlalu cemburu
Entah bilakan bersua kembali
Dalam keakraban yang indah
Menjejak kenangan silam
Dibirai usia tersisa....
-azo, tanah merah
12 feb. 2013
Catatan Di Pantai Sri Tujuh
<>
ombak dan pantai sentiasa bertemu
meladeni gumpalan rindu bertamu
tak pernah sesaat menjadi jemu
namun akhirnya merubah jua
satu persatu
pepohon rhu tumbang menyembah bumi
air berkeladak gelap, ombak keras menerjah
tiada lagi ghairah rindu seperti dahulu....
namun kenangan seketika dahulu
masih menggamit di mindaku
saat pantaimmu bersih putih landai
mendamai sekujur jiwaku
lalu kutinggalkan deburanmu
dengan sebak meronta dijiwa
jernih airmataku mengalir lagi
buat kesekian kalinya
selamat tinggal
pujaanku...
azo, pst, tumpat
22 feb. 2013
ombak dan pantai sentiasa bertemu
meladeni gumpalan rindu bertamu
tak pernah sesaat menjadi jemu
namun akhirnya merubah jua
satu persatu
pepohon rhu tumbang menyembah bumi
air berkeladak gelap, ombak keras menerjah
tiada lagi ghairah rindu seperti dahulu....
namun kenangan seketika dahulu
masih menggamit di mindaku
saat pantaimmu bersih putih landai
mendamai sekujur jiwaku
lalu kutinggalkan deburanmu
dengan sebak meronta dijiwa
jernih airmataku mengalir lagi
buat kesekian kalinya
selamat tinggal
pujaanku...
azo, pst, tumpat
22 feb. 2013
Payah Sangatkah
payah sangatkah
untuk kita berdamai
melupakan sengketa semalam
biarlah berlalu bersama waktu
payah benarkah
untuk kita kembali bersatu
sama berpimpin tangan segandingan
menyemai hasrat menuai impian
sama berhujan berpanas
dibasahi keringat zaman
mengatur langkah iltizam
membina peradaban...
-azo, tm: 24.2.2013
untuk kita berdamai
melupakan sengketa semalam
biarlah berlalu bersama waktu
payah benarkah
untuk kita kembali bersatu
sama berpimpin tangan segandingan
menyemai hasrat menuai impian
sama berhujan berpanas
dibasahi keringat zaman
mengatur langkah iltizam
membina peradaban...
-azo, tm: 24.2.2013
Catatan Syawal (2)
Catatan Syawal (2)
Kelam malam
Bulan sebalik awan
Cemburukan bintang
Dingin menggigit
Temulangku merapuh
Rindu melingkar hati
Sunyi menerpa
Ruang kosong pegun
Waktu beringsut
Kicau riang beburung
Tak lagi kedengaran
Semakin menjauh
Syawal indah
Berpergian lagi
Kesekian kali.
#ahmadzack
#teratakayahbonda
jun10 2019
Kelam malam
Bulan sebalik awan
Cemburukan bintang
Dingin menggigit
Temulangku merapuh
Rindu melingkar hati
Sunyi menerpa
Ruang kosong pegun
Waktu beringsut
Kicau riang beburung
Tak lagi kedengaran
Semakin menjauh
Syawal indah
Berpergian lagi
Kesekian kali.
#ahmadzack
#teratakayahbonda
jun10 2019
Pengorbanan
##Pengorbanan##
Demi kehidupan
Satu saat detik getir
Kan tiba bersimpuh tanpa belas
Dan menuntut sekian segala kekuatan
Tersisa di kolong hati kecil
Mampukah bertahan menentang arus
Berdiri teguh bagai tugu beku
Menerima pusar angin rakus menerpa
Tanpa berganjak walau seinci pun
Mendebur ganas menampar wajah hari
Segalanya kau harus telan dengan redha
Pasrah lembut memujuk hati
Walau kadang tak dihargai
Sekelumit tak pernah dimengerti
Namun suatu waktu
Semuanya akan menjadi jelas
Dan amat mudah difahami
Bahawa apa yang selama ini kau lakukan
Adalah demi kasih sayang yang murni
Menghidupi urat jantung dan nadi
Sebuah kehidupan.
-azo/11/06/13
Permai Inn, K.Trg.
Demi kehidupan
Satu saat detik getir
Kan tiba bersimpuh tanpa belas
Dan menuntut sekian segala kekuatan
Tersisa di kolong hati kecil
Mampukah bertahan menentang arus
Berdiri teguh bagai tugu beku
Menerima pusar angin rakus menerpa
Tanpa berganjak walau seinci pun
Mendebur ganas menampar wajah hari
Segalanya kau harus telan dengan redha
Pasrah lembut memujuk hati
Walau kadang tak dihargai
Sekelumit tak pernah dimengerti
Namun suatu waktu
Semuanya akan menjadi jelas
Dan amat mudah difahami
Bahawa apa yang selama ini kau lakukan
Adalah demi kasih sayang yang murni
Menghidupi urat jantung dan nadi
Sebuah kehidupan.
-azo/11/06/13
Permai Inn, K.Trg.
Harga Sebuah Kebahagiaan
##Harga Sebuah Kebahagiaan##
Tuhan
Tiada lain yg kuinginkan
Selain rahmat dan inayahMu
Memimpin arahku menginjak kerikil jalanan hidup
Hingga suatu saat yg dijanjikan
Alhamdulillah
Atas segala nikmat dan rahmatMu
Kasih suci tiada bertepi
Sentiasa membasahi kalbu
Tiada daya upayaku selain Engkau yg Maha Kuasa
Terima kasih Tuhan
Kerana kebahagiaan
Dan kedamaian ini
Begitu mahal harganya.
-azo/12/06/13
Permai Inn KT
Tuhan
Tiada lain yg kuinginkan
Selain rahmat dan inayahMu
Memimpin arahku menginjak kerikil jalanan hidup
Hingga suatu saat yg dijanjikan
Alhamdulillah
Atas segala nikmat dan rahmatMu
Kasih suci tiada bertepi
Sentiasa membasahi kalbu
Tiada daya upayaku selain Engkau yg Maha Kuasa
Terima kasih Tuhan
Kerana kebahagiaan
Dan kedamaian ini
Begitu mahal harganya.
-azo/12/06/13
Permai Inn KT
Subscribe to:
Posts (Atom)