##Pengorbanan##
Demi kehidupan
Satu saat detik getir
Kan tiba bersimpuh tanpa belas
Dan menuntut sekian segala kekuatan
Tersisa di kolong hati kecil
Mampukah bertahan menentang arus
Berdiri teguh bagai tugu beku
Menerima pusar angin rakus menerpa
Tanpa berganjak walau seinci pun
Mendebur ganas menampar wajah hari
Segalanya kau harus telan dengan redha
Pasrah lembut memujuk hati
Walau kadang tak dihargai
Sekelumit tak pernah dimengerti
Namun suatu waktu
Semuanya akan menjadi jelas
Dan amat mudah difahami
Bahawa apa yang selama ini kau lakukan
Adalah demi kasih sayang yang murni
Menghidupi urat jantung dan nadi
Sebuah kehidupan.
-azo/11/06/13
Permai Inn, K.Trg.
No comments:
Post a Comment