Jelujur waktu
telah tiba ke penghujung
Detik masa yang berlalu
perlahan melambai sayu
Telah pergi selembar sejarah
yang tak kan kembali lagi
Hidup bergulung sirat
dalam tikar nostalgia
Sesekali akan diselak
dalam ruang kosong sunyi membeku
Tika rindu menghiris ngilu
Tika ingatan memagut relung fikir
Dan segala momen itu kekal semadi
Di halaman akhir
dairi hatiku.
adizack ms
25 Disember 2018
No comments:
Post a Comment