Friday, January 7, 2022

Diam

 Diam yang sunyi

Tersirat seribu rahsia

Segala resah berkumpul

Tak mampu mentafsir

Bait kata membeku kelu

Akan bersisakah harap

Diruang waktu berlalu

Atau harus terus menunggu

Menghitung bilah rindu

Semakin sirna dan hilang

Dipekat malam pengap

Dosa apakah lekat dikening

Hingga bunga layu menguning

Kering dan gersang

Diterik mentari hening...

#adizack ms

Secalit Maaf

 #Secalit Maaf#

Maaf ku tak menegur

Bukan kerana kesombongan

Tapi baik diam dari berkata

Lebih baik menjaga hati & diri 

Dari menabur serpihan dosa

Walau sehalus zarah pun


Maaf ku hanya memandang

Coretan dan potret terhias

Meneliti tiap aksara tercatat

Bukan kerana tak peduli

Tapi baik hanya melihat sahaja

Tanpa kesimpulan yang tersasar

Atau meneka dalam kesamaran

Dan akhirnya mencalar ukhwah

Yang selama ini utuh tersimpul

Dirantaian benang waktu.


Maaf ku tak banyak berbicara

Kerana itu lebih baik untukku

Dan untukmu...


#adizack ms

07012018

~kabutsuteraungu

~tanjungdawai

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails