Setiap kali sebutir kejora hilang
Langit malam seakan kelam pengap
Yang hinggap di mata hanya warna duka
Esak tangis hangat airmata diiring bait doa
Semilir angin kaku enggan menari
Bagai mengerti pedihnya melepaskan
Hentian terakhir di dermaga usia
Insan tersayang pergi takkan kembali
Kesedihan terhidang dalam dulang rasa
Sama digaul dicicah bersama keinsafan
Bahawa takdir tak bisa ditangguh
Walau sekuat mana hati menolak
Ia tetap kan hadir menjemput
Pulang ke hadratNYA yang ESA.
#adizack ms