adatikanya kuntum bicara menjadi hambar
lekat di kerongkong mengisi ruang kebekuan
bukan kerana tiada lagi bunga-bunga mesra yang bercambah
tapi kerana detik waktu menjadi begitu singkat dan cepat berlalu
dan kita terperangkap di antara tanggungjawab yang terbeban di pundak
maafkan aku kerana tak pantas menyambut bias kolam rindu yang terpercik halus
membasahi ubun-ubun kasih yang terpenjara di selokan hati...
#adizack ms
No comments:
Post a Comment