S E K A M K A S I H.
Walau lebih setengah abad
Masih tercari-cari erti hidup
Yang masih tak sempurna
Biarkan persoalan berserakan
Cuba menyatu perca-perca lusuh
Yang koyak dan rabak diluluh waktu
Kau yang membikin kita kian jauh
Kerana tingginya ego kerasnya hati
Namun aku masih menguis disekam
Cuba menemukan bersit sisa kasihmu
Semoga sekam tak hangus terbakar
Dan sisa itu menjadi harta berharga
Untukku bawa pulang...
#adizack ms
No comments:
Post a Comment