biarkan sahaja
dia datang dan pergi semaunya
jangan ditanya atau ditegur lagi
kerana kuping telinga tidak mampu mendengar
dan akalfikirnya sakit dicucuh api serakah
biarkan sahaja
dia memperlakukan apa semaunya
tak usah dinasihat maupun dibimbing
kerana hitam hati semakin mengeras
dan akarbudinya mati diracuni mimpi dunia
tak mampu lagi aku
mencari ruang antara yang tersisa
untuk menemukan titik pertemuan itu
kerana perit kelelahan yang bertamu
semakin menjerut waktu
ah, biarkan sahaja!
-adizack ms
13 jun 2011
puisinya bagus-bagus.....saya suka puisi kehidupan yang anda buat. sangat inspiratif!!
ReplyDeleteterima kasih atas penghargaannya... sesungguhnya kehidupan sememangnya penuh inspirasi dan keajaiban yang harus digali dengan akal budi dan keluhuran minda....
ReplyDelete