Wednesday, November 11, 2009

Pabila Zikir Terasa Hambar

pabila zikirmu terasa hambar
dan seuntai doa tersangkut di awan
bukanlah bermakna Dia tak mengasihi
bukan pula kerana Dia tak mendengar
keluhan dan rintihanmu
sebaliknya adalah kerana
perdu imanmu semakin merapuh
dalam cangkir taqwa yang pecah
jatuh bergelimpangan di lantai
di antara cebisan mawaddah
dan nur kasih yang semakin sirna.

-adizack ms

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails