Monday, November 9, 2009

Hanya Ujian DariNya

banjir yang mampir
hanya setahun sekali
namun gelisah manusia
bagaikan tak berkesudahan
merintih pada hakikat
enggan menerima
ketentuan

di mana rasa syukur insan
setelah lama dikurniai rahmat Tuhan
sekali dicuba sudah kecundang
sering benar menyalahkan takdir
mengadu pada nasib diri
minta dibela simpati

sedang segala itu cubaan Tuhan
ujian buat iman dan amal
hari-hari yang cerah gemilang
pasti ada awan jelaganya
sekujur tubuh yang sihat pun
pasti ada sakitnya

usah biar gundah dan rawan itu
menjarah dan menggoyah taqwa
redha dan berserah pada maghfirahNya
kerana dariNya kita datang
dan kepadaNyalah
kita pasti kembali.

-adizack ms
2.03am

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails