i.
deru angin
menebarkan resah rindu
ke segenap pelusuk kamarku
sedang kini engkau semakin jauh
mencari jejak di hujung pelangi
ii
hanya kesetiaan yang masih kekal mengikat
dua hati yang bertaut satu
dalam rona cinta berliku
iii.
adakah kejujuran
menghulur salam di penjuru matamu
yang jernih berkaca
dan adakah keikhlasan
bersimpul di antara ulas senyum
menutup malam-malam sepi seorang kekasih?
-adizack ms
sg. mengkuang
No comments:
Post a Comment