i.
termanggu di jendela
pedih menyiat sembilu merentap
betapa kejauhan ini memaksaku
menafsirkan erti kesepian
sedang segala kemanisan
tertinggal dalam cangkir waktu
dan rerenyai hujan malam
adalah saksi pertemuan
bening namun mengesankan
termanggu di jendela
terkadang meresahkan
& adakalanya menyakinkanku
pada sebuah ketulusan
ii.
terima kasih sungai mengkuang
kerana mengajarku bersabar
menahan kerinduan yang membara
di puncak rasa
terima kasih sungai mengkuang
kerana mengenalkan erti sepi
& secebis penanggungan yang perih
dari sekelumit kekuatan
terima kasih sungai mengkuang
kerana memberikanku waktu
sekadar untuk membuktikan
sebuah ketulusan.
-adizack ms
mac 17 1986
sungai mengkuang
No comments:
Post a Comment