Friday, July 4, 2008

Telah Terlewat Kiranya

telah terlewat kiranya
segalanya tidak lagi memungkinkan
untuk kita layarkan kembali
bahtera usang pertemuan
di laut kehampaan yang berguncah

telah terlewat kiranya
segalanya telah lama berlalu
ditelan musim-musim garing
dan kita hanya mampu
menerima ketentuanNya

dan aku pun tidak lagi
berdiri di pinggir senja
menghitung usia dan harapan
yang semakin rapuh
kerana aku mengerti kini
bahawa kau tidak akan pernah kembali lagi
ke daerah sepi ini.

-adizack ms
mac 25 1984

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails