malam yang suram ini
hanya kenangan kembali mengimbau
& kedinginan membalut diri
mengingatkan pada sebuah mimpi ngeri
kekadang secebis kenangan itu
sudah cukup mengajar erti siksa
& ada waktunya
malam-malam pekat sebegini
mengembalikan diri pada hakikat
bahawa kita hanyalah insan kerdil
di bumi fana ini
mencari hakikat diri
yang sering hilang.
-adizack ms
okt 14 1984
sgterah, guamusang
No comments:
Post a Comment