sesekali kita perlu dicuba
berundur bukan bererti kita telah kalah
perjuangan demi perjuangan menuntut
kekuatan hakiki
menerima dengan rela walau terpaksa
segala apa yang telah tersurat
di sisi takdir
kerana hidup tanpa masalah
adalah taufan yang kehilangan
suara & keperibadiannya
sesekali kita harus
dicuba dan diduga
untuk belajar berdikari
atau berkorban kalau perlu.
-adizack ms
jan 12 1986
tumpat
No comments:
Post a Comment