Monday, June 16, 2008

Tiap Senja Tiba

tiap senja tiba
mentari merah pucat merenung
sekujur tubuh layu seorang ibu tua
berdiri di pinggir pantai sayu
buat kesekian kalinya
dingin airmata sendunya
mengalir menuruni lurah hati

anakku
sibuk hanya alasan
wang bukan ukuran kasih
hadir yang dinantikan
meski sedetik ruang masa
cukup buat mendakap
rindu semusim

rumah tua ini telah lama benar
sepi tanpa keriuhan & gurauan
anak-anak kecil berpesta di gelegar
alang merantinya kian usang
diratah bubuk
tak siapa peduli lagi
kerana tak siapa sudi kembali
tumpang menginap barang semalaman

tiap senja tiba
keriut wajah ibu tua
makin dalam dicalar duka
kerana hajat terakhirnya
tak kesampaian jua
sedang hayatnya
sudah di pinggiran.

-adizack ms
disember 2007

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails