Dadah,
Kau adalah segumpal najis yang menjijikkan
Baumu hanyir persis longkang penuh kotoran
Kau peracun kalbu insan yang sedang bercambah
Menutup akalfikir dan minda kuntuman bangsa
Tubuhmu penuh kudis sopak bernanah
Membawa lesu membinasa cita-cita
Hingga longlai sekian segala semangat
Runtuh di perdu impian di cangkir harapan.
Dadah,
Akanku lari jauh dari lambaianmu
Yang selalu menghulur salam perkenalan
Kerana ku tahu benar maksud di sebalik tabir
Membawa derita di hujung bahagia sementara
Jangan kau cuba hampiri laman remajaku
Kerana aku ingin hidup seribu tahun lagi
Biarkan ku hirup udara maya nan segar ini
Biarkan ku pandang indah inderaloka ini
Masih terlalu banyak hambatan yang perlu ku redah
Masih terlalu banyak impian yang tak kesampaian
Masih aku perlu menugal usia buat menjarah mimpi
Mimpi sebuah kehidupan hari muka
Yang menjanjikan kebahagiaan.
Dadah,
Tak mungkin ku kan terpedaya dengan muslihatmu
Kerana hatiku segar diulit sakinah dan mawaddah
Kasih sayang ayah bonda menjadi pendinding kalbu
Iman padu sejati kukuh mengikat sebuah hargadiri
Keluarga harmoni membentuk peribadi kamil
Ilmu di dada adalah penafsir buruk dan baik
Menjadi benteng utuh menghindar kemungkaran
Dari membelit diri dan mensasar visi dan misi
Ke arah menjana kecemerlangan sahsiah.
Dari benih kasih aku lahir ke dunia
Membawa bahagia pada senyuman ayah bonda
Tak mungkin ku kan terpedaya dengan helahmu
Dan melukai hati mereka dengan sumpahanmu
Yang licik lagi berbisa.
-adizack ms
onetanamera
No comments:
Post a Comment