Sunday, June 22, 2008

Sesekali

sesekali
bilaku susuri pantai ingatan ini
ombak tidak lagi semesra dulu
berlari lembut di celah jemari
& bayu dingin tidak lagi seghairah dulu
membisikkan rindu dari kejauhan

sesekali
bilaku susuri pantai ingatan ini
terasa begitu asing sekali
ke manakah hilangnya
puisi cinta yang ku catat di pepasir putih
& serangkai kata setia yang ku pahatkan di pepohon?

sesekali
bilaku susuri pantai ingatan ini
segalanya kembali bersatu
menjadi mimpi indah
walau ku sedar bahawa ombak
tidak selalu tenang
& pepohon
akan reput jua
terdampar pedih
di antara serpihan
cinta.

-adizack ms
villasepi kb
jun 1984

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails