Wednesday, June 25, 2008

Sepi i.

sepi bisa meruntuhkan
tembok keyakinan yang ku bina
dari tulang-temulang harapan
memutar angan dalam kolong keresahan
antara kesedaran yang merenggut denyut nadi
sebuah kecintaan

hari ini aku tak kan menyoal
ke mana harus ku tumpahkan
segenap kesetiaan dan kejujuran
kerana selamanya kau adalah pantai
yang sentiasa mengharap ombak menyapa
di pesisir pantai yang memutih.

-adizack ms
ogos 2 1986
mpki, ipoh

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails