seorang teman
pernah bertanya padaku
andai esok kau mati
apakah yang kau tinggalkan
buat anak isterimu ?
adakah wang ditangan
buat membeli kain kafanmu
cukupkah harta di bank
buat mengurus jenazahmu
sediakah tempat
buat mereka berteduh
memadaikah ilmu
duniawi dan ukhrawi
yang kau wariskan
buat mereka menempuh
hidup tanpamu
terpaku aku di ujung suaranya
semalaman tak bisa tidur
kerana aku tak punya jawapan
untuk memuaskan hatiku sendiri
selama ini
yang ku fikirkan adalah hari ini
cukup sekadar apa yang ada
bagaimana nanti harusku jelaskan
pada teman yang menanti jawapan
dan pada Tuhan yang Maha Mengetahui
kelemahan hambaNya ini ?
-adizack ms
jun 1989
pengkalan kubur
No comments:
Post a Comment