Monday, June 16, 2008

Pernahkah Kita Sedari

terlalu lama kiranya kita
tidak menjengah ruang hati masing-masing
untuk sekadar bertanya khabar
kerana kesibukan menjadikan kita
terlalu jauh walaupun dekat
sehingga lembah kemesraan itu
menjadi padang jarak yang kontang
tidak lagi kita susuri

telah lama kiranya kita
tidak menatap wajah-wajah kenangan
sekadar untuk menghitung bilah-bilah sejarah
kerana kekalutan menjadikan kita
terlalu dihambat oleh waktu
sehingga ruang senda bicara
menjadi kaku dan beku
tidak lagi kita jejaki

pernahkah kita sedari
sudah terlalu lama kiranya kita
bersama menongkah arus menuju kuala
sedang antara kita sebanarnya
masih belum mengenal sepenuhnya
hati budi masing-masing.

-adizack ms
11.20mlm.
februari 23 1999
onetanamera

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails