bulan kelam lagi malam ini
seperti gelapnya akalfikirku
menyuluh akar permasalahan
siang tadi
isteriku merungut beras sudah surut
anakku meraung maukan baju,
seluar dan beg sekolah baru
mertuaku melarik senyum masam kelat
kerana terlupa belikan kain batik jawa
yang telah dipesannya lama dahulu
dan ibuku mendesak tak bisa bertangguh
suruh belikan tiket keretapi
mau pulang ke kampung
ah, bagaimana seharusnya
di kota besar yang angkuh ini
aku hanyalah kerani kecil
dan gaji cuma sebulan sekali!
-adizack ms
dis 1 1990
No comments:
Post a Comment