pelangi telah berderai
di ujong ufuk merah tua
senja pun melabuhkan sepinya
menutup tirai hari
& unggas telah kematian suara
hati telah kematian jiwa
resah debar nafas kerasku
menyelongkar rahsia kepedihan
lalu duka pun merentap
segenap akar perasaan
dan rinduku
telah terlontar
ke lurah sepi.
-adizack ms
jun 5 1986
sg. mengkuang
No comments:
Post a Comment